- ninSTUDIO mempunyai hak sepenuhnya ke atas semua gambar pelanggan untuk tujuan promosi, perniagaan photography dan sebagainya yang berkaitan photography tanpa perlu memberitahu atau meminta kebenaran daripada pihak pelanggan. Gambar pelanggan tidak sesekali akan digunakan untuk produk-produk lain selain daripada ninSTUDIO.
- Harga-harga pakej yang di atas tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan (sekiranya ada). Tiada caj pengangkutan dikenakan untuk majlis sekitar Ipoh. Jika diluar kawasan cajnya bergantung pada jarak dan jenis pakej. Mungkin ada atau tidak caj bergantung pada perbincangan antara client dan ninSTUDIO.
- Tiga atau empat kali pembayaran perlu di lakukan untuk setiap pakej iaitu Deposit, Pembayaran kedua selepas majlis selesai dan pembayaran terakhir semasa serahan album. Jumlah deposit yang perlu dibayar bergantung kepada harga pakej dan minimum deposit adalah sebanyak RM200.
- Setelah deposit diterima, ninSTUDIO akan menghantar resit melalui email kepada pelanggan yang mengandungi keterangan pakej ditempah, deposit dan cara/jumlah pembayaran seterusnya. Pelanggan digalakkan menyemak kandungan resit tersebut untuk mengesahkan tempahan pakej bagi mengelakkan kesilapan pada pakej yang ditempah.
- Jika pembayaran deposit telah di buat, sekiranya pelanggan membatalkan tempahan dua bulan sebelum majlis, hanya separuh deposit sahaja akan kembalikan kepada pelanggan. Jika pelanggan membatalkan tempahan kurang dari dua bulan sebelum majlis tiada pemulangan deposit dilakukan.
- Album/Video dijangka siap paling cepat adalah antara 1 hingga 3 bulan selepas majlis
- Selepas pembayaran deposit dibuat, pihak pelanggan dan ninSTUDIO telah bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera di atas.
Sila hubungi ninSTUDIO melalui Email, Handphone ataupun SMS/WhatsApp untuk sebarang pertanyaan lanjut.
ninSTUDIO
Handphone : 014.6023420
Email : madninSTUDIO@gmail.com
No comments:
Post a Comment